Wednesday 5 February 2020

Shopee One Or Not ni tipu ke?




Saya rasa majoriti tahu mengenai Shopee One Or Not di mana kita boleh beli barang-barang tertentu ditawarkan pihak  Shopee dengan harga RM1. Masa mula-mula Shopee perkenalkan program ni saya ragu-ragu juga nak masuk tapi bila saya baca sekiranya pembelian kita tidak terpilih, duit kita akan dikreditkan atau dipulangkan semula dalam Shopee e-Wallet. Ya, memang betul. Saya dikatakan setiap hari juga beli dari Sep 2019 tapi hampa tak dapat rezeki. Mujurlah refund balik kalau tak taubat tak beli dah.

Bulan lepas, saya dapat private chat dari user Shopee lain yang beritahu saya terpilih untuk  Shopee One Or Not Jan 21 sedangkan saya sendiri tak tahu menahu pasal ni. Dia screenshot winner list bagi saya.


Wow, saya macam tak percaya juga bila tengok gambar dia hantar ni sebab pihak Shopee sendiri takda maklum apa-apa. Petang tu, pihak Shopee telefon untuk sahkan benda ni tapi dorg tak boleh hantar goldbar melalui pos. Jadi kena ambil goldbar dekat Hq Shopee (walaupun 1gm ja).  Beberapa hari lepas tu saya dapat email dari pihak Shopee untuk pengesahan kehadiran ke Hq untuk terima hadiah pada 05 Feb 2020 . 


Hari ni (05 Feb), saya pun ke Hq Shopee di  Southpoint Midvalley untuk terima goldbar tu. Ada abang sorg tu datang untuk tujuan sama juga tapi dia dapat goldbar yang paling mahal. Waktu ambil gambar kami bersama, duduk sebelah dia rasa macam kerdil ja. Kita dapat dalam otak kecik ja, dia dengan goldbar sebesaq chocolate bar. Rezeki dia kan. :)

Hq Shopee
                                                     
Goldbar 1gm yang diambil tadi.

Jadi lepas ni nak rajin-rajin lagi beli Shopee One Or Not walaupun saya ada terbaca dekat syarat dan terma dorg mengatakan sesiapa yang dah pernah terpilih tak akan terpilih lagi untuk kempen akan datang. Takpa, kita cuba ja. Bismillah...




Saturday 17 September 2016

From Hatyai to Padang Besar, lastly Arau! Day 7

22 Ogos 2016

*Sambungan perjalanan dalam keretapi dari Bangkok ke Hatyai

Masa kami dekat dalam keretapi tu, depa ada sediakan makan tengah malam, roti kacang dan jus oren (gambar lupa ambil). Sarapan pagi dan makan tengah hari pun ada. Memang syok la.

Sarapan pagi ada pilihan teh atau kopi.
Saya ambil kopi, sebelah tu roti bun.
Makan tengah hari punya pack.
Lauk dia Kari Ikan Sadin dan Telur Pendang serta Ayam Berempah
dimakan dengan Nasi dair Beras Jasmin Thai. Yum!!

Kira-kira jam 1300, kami tiba di Stesen Keretapi Hatyai, turun saja dari keretapi dengan pantas kami pergi cari tiket dari Hatyai ke Padang Besar. Tiket jam 1310, tak lama kami tunggu rupanya keretapi tu dah ada dekat platform sebelah. Kami pun terus naik.


Stesen keretapi Hatyai ni oldschool sikit.
Untuk seberang ke platform lain, lintas je dekat landasan tu.
Patut la tak ada jejantas. Huhu
Dekat Stesen ni surau pun ada.
Perjalanan keretapi dari Hatyai ke Padang Besar ada dalam 1 jam lebih kot. Perasaan teruja untuk sampai ke Malaysia memang membuak-buak. Sampai saja di Stesen KTM Padang Besar, kami cop passport dan terus ke kaunter beli tiket untuk ke Arau. Tiket kami jam 1630. Sementera nak tunggu keretapi 1 jam lagi tu, kami ingat nak makan-makan dulu tapi makanan dekat Stesen Keretapi Padang Besar ni agak mencekik darah.

Jam 1630, kami naik keretapi dan jam 1700 kami tiba akhirnya di Stesen KTM Arau. Yea!
Akhirnya sampai juga di Malaysia dengan selamatnya. Alhamdulillah :)

Di Arau, saya stay dekat rumah bestie saya sampai 26 Ogos sebelum balik semula ke Penang. 

Huhu nikmatnya dapat makan lauk-lauk Melayu ni.
Mak bestie saya masakkan. Terima kasih mak cik. :D
Kesimpulannya, kami memang tak ada perancangan sangat dekat tempat-tempat kami nak pergi tapi tak ada lah sampai tak buat research langsung pasal tempat nak pergi tu. Internet adalah sangat-sangat penting untuk cari apa-apa maklumat atau panduan dan memang kena banyak bertanya, buat survey buat kira-kira, buat la apa yang patut asalkan tak lost dan kena tipu. Hee. Always expect the worst so you can prepare tapi banyak juga benda yang unexpected jadi dekat kami. Huhu. Mungkin nasib kami baik tak jadi apa-apa yang buruk dekat kami.

Sesungguhnya, kami sangat merindui kenangan-kenangan pahit manis di Vietnam, Cambodia dan Bangkok. Kami berharap ada peluang untuk merasai macam ni lagi di tempat lain pula. Macam biasa. Jangan rancang, terjah je! xD


Apa yang kami dah belanja sampai hari terakhir :

1. Tiket dari Hatyai ke Padang Besar = 80 Baht (av. RM9.70)
2. Beli nasi pulut ayam - 40 Baht (av. RM4.80)
3. Tiket KTM dari Padang Besar ke Arau - RM3.20

Jumlah (secara kasar) =  120 Baht + RM3.20 (av. RM17.74)

RM47.20 (Day 1) + RM93.60 (Day 2) + RM245.05 (Day 3) + RM40.80 (Day 4)  + RM116.00 (Day 5) + RM162.66 (Day 6) + RM17.74 (Day 7) = RM723.05 (Average total spend 7 days travelling from Vietnam to Bangkok and lastly arrived at Arau)

From Siem Reap To Bangkok Day 6

21 Ogos 2016

Pagi ni kami bangun awal sikit sebab kami nak cari tiket untuk dari Siem Reap ke Bangkok. Sebelum ni kami ada juga check dekat beberapa tempat travel agency harga $16 kalau guna van pelancong dan $14 untuk bas. Agak mahal. Masa nak keluar dari guesthouse tu, saya kebetulan masa tu perasan ada satu travel agency memang betul-betul depan simpang masuk guesthouse kami. Kami pun cuba tanya berapa harga tiket, tawar-menawar bagai dapat la $10 dari $11. Naik van pelancong lagi dan dia akan pick-up dari tempat kita tinggal. Murah banyak dari yang sebelum-sebelum ni kami dah survey.

Lepas tu, kami cadang nak makan sedap-sedap di hari-hari terakhir dekat Cambodia. Saya teringat saya pernah baca pasal KFC Halal di Siem Reap dan saya ada perasan semalam waktu kami mengayuh nak balik guesthouse dari Angkor tapi saya tak pasti sama ada KFC tu yang halal atau tak. Saya pun ajak bestie saya pergi sana. Tak jauh rupanya KFC dari guesthouse kami tu, dalam 7 minit saja jalan kaki.

Dekat pintu KFC Siem Reap ada tulis 'Halal'.
Maaf gambar tak jelas.
Tak ada orang pun mungkin sebab waktu pagi.

Macam biasa kami akan pilih menu paling murah (tu pun mahal sebenarnya). Kalau dekat Malaysia, Set Jimat yang ada ayam seketui, nasi dengan ayaq campur GST tu baru dalam RM7 ++. Dekat sini dalam $3 (av. RM12). Ni la dia.

Kat KFC Malaysia poyo guna coleslaw.
Kat sini kasi jelatah sayoq. Baru la Asia.
Ni paling murah dah harga dia $3.
Lepas makan, kami pun balik semula ke guesthouse untuk kemas barang. Nak dekat pukul 1200 kami pun check out. Kami masih lagi duduk di ruang tamu guesthouse Soksan menunggu ketibaan kenderaan yang nak bawa kami dari Siem Reap ke Bangkok. Ada dalam 10 minit ada lelaki datang dekat kami dan dia bagitau kenderaan nak bawa kami ke Bangkok dah sampai. Teruja!

Alih-alih naik kereta dulu (macam teksi sapu kot) sebelum sampai ke sempadan Cambodia. Masa nak naik tu kami perasan rupanya ada 1 pasangan (dari Perancis) naik sekali dengan kami. Saya duduk depan sebelah pemandu (sebab saya gemuk takut tak selesa), bestie saya duduk belakang dengan pasangan Perancis tu. Kereta bergerak menuju ke sempadan Cambodia. 

Perjalanan ke sempadan Cambodia-Thailand yang ambil masa 2 jam lebih agak 'mengejut' dengan pakcik pemandu ni sikit-sikit nak hon, habis semua benda atas jalan dia hon. Lembu kat tepi jalan dia hon padahal lembu tu tak kacau masuk jalan pon, motosikal yang chill bawa ikut lorong moto pun kena hon. Kenderaan lalu kat lorong sebelah (bertentangan) pon kena hon. Dah la bawa kereta pun macam anxious semacam. Tak paham. Ada satu ketika saya terlelap, tiba-tiba saya terkejut dengar bunyi hon dia. Saya terjaga dan tengok sekeliling, tak ada apa pon! Apa yang dia hon kan?! Stress nak tidur pon tak tenang.

Tak lama pastu pakcik pemandu berhenti dekat satu tempat (belum sampai sempadan) tak nampak macam travel agency pun, dia pun duk panggil seseorang, kemudian ada la sorang lelaki ni mai dekat kereta kami, dekat tangan dia saya perasan ada bekas kecil transparent dalam dia ada banyak tape merah yang dah dipotong empat segi kecil (besar syiling 50 sen lama). 

Masih lagi tertanya, apa tujuan dia berhenti dekat sini? Nak tinggal kami kat sini ke? Lepas pemandu tu sembang-sembang dengan lekaki tadi, lelaki tu pun tanya tiket dekat lelaki Perancis (sebab dia duduk tepi sekali belah kiri belakang pemandu). Dia tengok-tengok tiket, dia simpan dan saya nampak dia ambil pelekat merah tadi dan dia tepek dekat baju lelaki Perancis. Saya boleh rasa dalam kepala otak lelaki Perancis tu mesti tertanya-tanya 'What the hell just happened??? What is the tape for?? Why he put it on my shirt?? Is this for real??'

Saya pun terkesima tengok insiden tu. Kemudian, lelaki tu minta pula tiket kami. Dia ambil dan bagi pelekat merah dekat kami juga. Dia pesan pelekat tu jangan hilang dan tampal dekat tempat orang senang nampak. Tapi kenapa??

Lelaki Perancis tu tak puas hati. Dia cuba nak minta balik tiket tu dari lelaki tadi. Dia kata mana tahu ni tipu, macam mana nak tunjuk bukti kami dah beli tiket ni. Lelaki sticker (dah ada gelaran)  kata pelekat tu la tiket kami (terkesima lagi), tiket asal tu dia nak buat claim, apa tah lagi dia cakap dengan BI yang berterabur. Dia kata lagi nanti dekat sempadan Thailand akan ada orang tunggu dan dia akan cari orang yang ada pelekat merah (sambil jari tunjuk pelekat yang dia tampal kat dada lelaki Perancis tu). Jadi pelekat tu sangat-sangat penting macam passport dah. Dah puas bertekak tak ada hasil gak, saya minta nak ambil gambar tiket tu untuk rujukan. Lelaki sticker tu pun bagi je.

Perjalanan diteruskan semula sampailah dekat sempadan Cambodia di mana kami berempat diturunkan disini. Berdikarilah kami uruskan passport untuk dicop. Disini kami hanya harapkan bantuan orang-orang tempatan untuk mencari Jabatan Imigresen negara masing-masing. Jalan utama dekat sempadan Cambodia pada ketika ini sedang dalam pembaikan menyebabkan keadaan agak sesak dan serabut.

Selesai urusan Jabatan Imigresen Thailand, kami pergi keluar untuk mencari orang yang dikatakan akan menjemput kami. Tak lama tu kami perasan ada orang panggil kami, saya perasan tag nama tergantung dekat leher dia ada pelekat merah. Mungkin dia ni lah yang akan bawa kami. Dia pon beritahu dia akan bawa kami ke Bangkok.
Semasa kami berjalan mengikuti dia dari belakang, saya perasan ada van pelancong dan sebuah jeep ke apa saya pon tak pasti tapi memang old school la dekat belakang van pelancong tu . Saya rasa lega juga sebab tak perlu tunggu lama untuk van pelancong. Bila dah nak sampai, alih-alih dia suh naik jeep buruk tu. Kami berempat terkesima seketika.

Ni la rupabentuk kenderaan tu.
Di Thailand nama dia Songthaew.
Tapi yang kami naik tu lagi old school.
Sepanjang perjalanan kami semasa atas Songthaew tu, kami peluk beg kuat-kuat risau beg tegolek atas jalan. Ada dalam 10 minit perjalanan, kami tiba di satu tempat travel agency. Di sini rupanya ramai lagi yang menunggu untuk ke Bangkok. Kami tunggu dalam 10 minit juga untuk pekerja travel agency ni 'menyumbat' beg-beg penumpang yang besaq-besaq anak gajah dalam van pelancong. Saya kira berapa banyak penumpang yang  akan naik sekali untuk ke Bangkok. Ada dalam 13 orang kot. Seat ada berapa ja. Macam mana ni. 

Lepas beg dah dimasukkan dalam van pelancong tu, kami semua pula masuk. Keadaan van pelancong memang padat, macam seludup orang pun ada. Saya dan bestie duduk depan sekali tapi saya duduk atas seat ke papan saya pun tak pasti lah sebab keras lenguh pungkoq. Nak sandar kepala tak boleh sebab tak ada penyandar kepala. Terpaksa bertahan keadaan macam tu dalam perjalanan yang hampir 3 jam lebih untuk sampai ke Bangkok.

Dalam jam 1830 kami tiba di Khao San Road dan diturunkan disini. Waktu ni keadaan memang dah gelap macam pukui 2030 dekat Malaysia. Keadaan dekat sini lebih kurang macam Jalan Tunku Abdul Rahman. Banyak deretan rumah-rumah kedai. 

Sampai-sampai dekat Khao San Road tu, kami memang dalam perancangan nak terus ke Stesen Keretapi Hua Lamphong sebab kami nak cari tiket terus dari Bangkok ke Padang Besar seawal yang mungkin untuk hari esok. Dan sekiranya perlu bermalam, kami ingat nak bermalam di hotel yang berdekatan dengan Stesen Hua Lamphong.

Masa ni kalau nak cari map memang tak ada dah sebab kedai-kedai kawasan ni banyak dah tutup.  Mujurlah U mobile ada Data Backpack jadi dapat la guna internet. Tanya local pon tak membantu sangat. Ada 2 orang pakcik tu tunjuk arah kiri nak ke stesen keratapi tapi Waze tunjuk pergi arah kanan. Kami pening dah. Ikut Waze jela. Dari Khao San Road tu nak ke Stesen Keretapi Hua Lamphong, kami berjalan kaki saja ebih kurang dalam 5 KM juga. Konon tak nak naik tuk-tuk macam membazir saja sebab tak jauh sangat . Tak jauh sangat kononnya..... Mengah ceq ui! Kami singgah 7E sekejap dekat area situ ingat nak beli air tapi depa tak terima duit Dollar. Money changer pun tak ada dekat area sini. Sedih betul. 

Kami teruskan perjalanan yang meletihkan ni sampailah dekat Stesen Keretapi Hua Lamphong. Lega.

Ruang menunggu dalam Stesen Keretapi Hua Lamphong, Bangkok.
Dekat dalam platform berlepas.
Ni gaya apa pun tak tau.
Kami terus menuju ke kaunter tiket untuk tanya tiket dari Bangkok ke Padang Besar tapi malam tu takda. Lepas tu kami duduk sekejap bincang lagi apa perancangan seterusnya. Bestie saya pergi tanya balik kaunter dan dia bagitau saya ada tiket malam ni jam 2250 dari Bangkok ke Hatyai tiba di sana lebih kurang jam 1300. Dekat Hatyai ada tiket terus ke Padang Besar jam 1305. Saya rasa okey dah kalau ambil yang tu sebab tak perlu nak bermalam dekat Bangkok dan sampai Hatyai tak perlu tunggu lama untuk ke Padang Besar.

Kami pun terus beli tiket malam tu juga dari Bangkok ke Hatyai. Kami tak dapat gerabak katil sebab di akata untuk malam tu memang tak ada. Kalau nak yang ada katil kena ambil yang esok punya. Kami tak kisah sangat asalkan dapat naik malam tu juga.

Tiket keretapi Bangkok ke Hatyai. Harga 705 Baht. 
Kami ada tukar sikit duit Baht buat beli makanan untuk isi perut. Dekat dalam Stesen Keretapi ni ada KFC tapi meragukan sebab tak ada tanda halal. Dekat KFC tu kami beli aiskrim je nak sedapkan tekak yang dah 1 hari tak makan. Kedai-kedai lain banyak dah tutup.

Setelah penat menunggu dengan lapar lagi, jam pun dah menunjukkan 2230, kami pun bergegas ke platform untuk naik ke gerabak kami. Maka dengan ini bermulalah perjalanan dari Bangkok ke Hatyai.


Dapat tuala / selimut yang sedap dan lembut untuk buat tidoq. :)
Apa yang kami dah belanja setakat ni :

1. Tiket van pelancong dari Siem Reap ke Bangkok - $10
2. KFC @ Siem Reap - $3
3. Tiket keretapi dari Bangkok ke Hatyai - $22 (av. RM88)
4. Aiskrim x 2 @ KFC Hua Lamphong Station - 20 Baht (av. RM2.60)

*Tukar duit $5 = 165 baht (av. RM20)

Jumlah (secara kasar) = $32 + 20 Baht (av. RM162.66)

RM47.20 (Day 1) + RM93.60 (Day 2) + RM245.05 (Day 3) + RM40.80 (Day 4)  + RM116.00 (Day 5) + RM162.66 (Day 6) = RM705.31

Tuesday 6 September 2016

Dauntless in Angkor Wat Day 5

20 Ogos 2016

Impian asal kami ni sebenarnya nak tengok matahari terbit dekat Angkor lebih kurang jam 0500 tapi bangun pun dah jam 0730. Macam mana tu. Hihi

Kami siap-siap untuk pergi tempat travel agency semalam untuk sewa basikal. Kebetulan saya ternampak ada 1 kedai sewa basikal dari $1 tak jauh dari guest house kami. Mungkin kedai ni semalam tutup awal sebab tu kami tak perasan. Kami terus pergi kedai yang ni ja. 

Basikal coklat tu basikal saya.
Gambaq ni saya ambil masa nak pulangkan balik basikal.
Kami sewa basikal yang harga $2 sebab yang $1 tu macam tak meyakinkan. Takut relai tengah jalan. 

Basikal dah dapat, apa lagi kami pun meneruskan kayuhan untuk pergi ke ANGKOR. 

Kayuh punya kayuh rasanya ada la nak dekat 5km akhirnya sampai la dekat 1 tempat jualan pas masuk Angkor. Tapi yang peliknya tempat kaunter tiket Angkor ni macam dah terbiar dan tak terjaga. Bestie saya tanya pekerja dekat situ, depa cakap rupanya dekat sini dah tak beroperasi. Depa ada buka satu tempat baru yang lagi besar untuk pelawat nak beli pas masuk ke Angkor. Kami kena patah balik lebih kurang 6km untuk ke tempat beli tiket tu pastu patah balik ke sini semula nak masuk ke Angkor. Peh. 

Masa kami mengayuh nak patah balik pergi beli pas masuk tu, cuaca nak mula panas. Mula dah rasa nak bebai. Laluan nak ke tempat beli pas masuk tu tak redup sebab tak banyak pokok macam laluan ke Angkor.  Akhirnya kami jumpa pun tempat beli pas masuk tu. Kami perasan, kami ja yang gigih naik beskal sampai sini. Yang lain-lain kebanyakkan naik tuk-tuk. 

Kaunter beli pas masuk, sebenarnya kaunter dia sangat banyak.
Okey, pas masuk dah beli masa untuk sambung mengayuh ke Angkor balik. 
Waktu ni cuaca dah mula nak panas terik, bahang terasa mencucuk dekat kepala. Sekejap-sekejap berhenti rehat minum air sikit-sikit. Sedar tak sedar air mineral kami pun dah nak tinggal separuh botol padahal tak sampai lagi Angkor (dah la bawa 1 botol besar tu ja kongsi berdua).
Dengan keazaman dan kesabaran mengayuh, kami sampai juga dekat Angkor Wat. :)

Dari sini ada dalam 2 km ke Angkor Wat.
Inilah Angkor Wat. Tarikan utama bila sampai di Angkor.
Dari jauh nampak kecil.
Bila dah masuk tak cukup nafas berjalan.
Pintu masuk Angkor Wat.
Bakan Sactuary. Antara menara paling tinggi dalam Angkor Wat.
Boleh naik kat atas, ada pintu lain. Kena beratur.
Jelmaan Apsara.
(Sorry Qila. Hihi)
Sandar jap. Penat.
Sesungguhnya Angkor Wat ni sangatlah besar. Cuaca waktu ni dah nak tengah hari. Terik sangat. Bekalan air mineral kami pun dah nak habis. Kami teringat aunty masa dekat Vietnam penah bagitau kalau nak pergi Angkor Wat bawa air lebih dengan makanan sebab dekat dalam Angkor Wat ada orang menjual tapi mahal. Angkor Wat ni banyak tangga nak kena melangkah. Bukan setakat Angkor Wat. Majoriti Wat dekat sini macam tu. Kena panjat, melangkah, kena berjalan jauh tengah-tengah panas. Serius memenatkan. Kami ni pantang lepas panjat tangga nampak tempat redup terus duduk rehat. Tak hirau orang lain dah. Tips dia kalau nak melawat Angkor Wat, pakai la topi ka untuk halang cahaya matahari dari 'mencucuk' kepala, bawa air mineral lebih dan bawa makanan sendiri. Kalau boleh datang awal sikit sebelum matahari dah mula naik atas kepala. Jangan jadi macam kami. Hehu

From Wiki.
Dalam jam 1330 kami ingat nak pergi melawat Wat yang lain tapi cuaca betul-betul panas gila. Memang tak larat nak kayuh basikal dalam keadaan macam ni. Air mineral pula dah habis. Nak beli mahal, Kami pun pergi duduk dekat tebing tepi tasik depan Angkor Wat ni dengan ada satu couple orang tempatan yang ada dekat situ juga. Sementara nak menunggu cuaca redup, kami sampai terbaringlah depan Angkor Wat tu. Sambil memikirkan kenapa mahal sangat air mineral sampai RM4 sebotol. Kejam jual mahal-mahal. Hampir sejam gak kami terbaring memikirkan nasib.  

Agak-agak kami tengok cuaca tak seberapa panas terik, kami berjalan keluar dari kawasan Angkor Wat, beli air mineral dan kami meneruskan pengayuhan ke Bayon dalam kawasan Angkor Thom seperti dekat peta di atas. Jarak Bayon dari Angkor Wat ada dalam 6km-7km juga. Kami kayuh pelan-pelan saja sebab tak larat sebenarnya ligan tapi disebabkan rugi dah bayar mahal-mahal tapi tak nak tengok Wat yang lain. Bila lagi nak datang sini.

Bayon
Batu belakang tu majoriti ukiran dengan Bayon. Unik.
Siapa tah bagitau batu-batu ni monk yang susun. Hm
Bayon tak sebesar Angkor Wat, kecil je tapi boleh tahan juga nak nak kena panjat tangga. Mungkin juga sebab penat tak hilang lagi jadi kami tak lama pun dekat sini. Tapi unik juga dan antara salah satu tempat yang mesti di singgah. Lepas tu kami bercadang untuk pergi ke Ta Phrom. Saya sangat teruja sebenarnya nak pergi sini sebab malam semalam saya ada terbaca dekat satu blog ni yang mengatakan Ta Phrom adalah salah satu tempat cerita 'Tomb Raider' shooting. Okay, mesti pergi! Kami ada juga singgah beberapa wat yang kami jumpa sementara dalam perjalanan nak ke Ta Phrom too bad tak ingat dah nama wat tu, boleh tahan juga besar tapi kalau nak discover lebih lanjut 'bateri' dah low sangat-sangat. Kami hanya ambil gambar dari jauh. Sekarang ni nak fokus ke Ta Phrom je.

Ada wat lagi kat depan tu. Tak pergi pun sebab penat.
Ni saja kunun jalan  sebab nak ambil gambar. Hee 
Kami perasan ada orang naik sampai atas dekat menara yang ada 3 tu.
Memang cekal. Kami masa ni langsung tak turun basikal.
Berhenti sekejap, ambil gambar dan terus jalan.
Nampak tak bertapa pemalasnya. Hihi 
Sambil kayuh sambil tengok peta tertanya-tanya juga mana satu Ta Phrom ni? Lenguh kaki dah kayuh basikal. Dengan line internet pun tak ada, tak dapat nak kenal pasti rupa dia macam mana. Bila tanya pemandu tuk-tuk tepi jalan, dia kata depan lagi ada simpang masuk kanan lepas tu terus. Kami pun ikut la, lepas tu confuse dan tanya orang lagi. Sama juga jawapan dia, terus je tak jauh dah. Berapa lama lagi nak sampai ni?? Dah mental sebenarnya sebab penat kayuh basikal, macam nak give up. Dalam fikiran saya ni nak je tahan tuk-tuk angkut dengan basikal sekali bawa kami tapi moral saya naik balik mengenangkan dah bayar $20 nak tengok benda ni. Tak adventure la kalau sewa tuk-tuk. Cewah (nak sedapkan hati)

Dan akhirnya setelah penat +  mental mengayuh, sampai juga kami di Ta Phrom.
Kami letak basikat dekat luar, dan masuk melalui pintu masuk dia. Ada orang jaga kawasan situ dan minta tengok pas kami, dan kami pun tunjuk. Setiap wat ada orang yang jaga dan dia akan minta tengok pas kita sebelum kita boleh masuk wat tersebut.
Tiba-tiba moral down balik sebab kena jalan kaki lagi nak masuk ke dalam. Adoi, sumpah masa ni saya mengaku kaki saya memang tak larat sampai menggeletar tapi dah sampai dah pun dekat Ta Phrom. Jangan sia-siakan tenaga mengayuh basikal punya jauh nak sampai ke sini.

Slow-slow jalan sambil menyembang (supaya tak terasa penat), sampai juga betul-betul depan Ta Phrom. Apa lagi, ambil gambar la. Hihi

Pintu masuk Ta Phrom yang dekat luar. Kalau nampak ni dah sampai la tu.
Tapi masuk dalam ni kena jalan sikit lagi.
Pemberitahuan mengenai pembaikan Wat Ta Phrom.
Pintu masuk  ke Ta Phrom. 
Kebanyakkan dinding dekat sini dah bercantum dengan akar. Rare.
Serius penat.
Ada dalam sejam juga kami meninjau kawasan Ta Phrom ni. Boleh kata antara wat yang kami dah pergi tadi, Ta Phrom la paling sejuk. Mungkin juga sebab dikelilingi pokok-pokok besar jadi tempat dia redup dan sejuk sikit. Lepas dah puas ambil gambar, kami singgah sebentar dekat kedai dekat depan Wat Ta Phrom. Pekena ayaq nyoq sejuk dulu sambil duduk memikir jauh nak patah balik semula ke Angkor Wat. Masa ni jam lebih kurang 1750. Kalau dekat Cambodia, 1750 tu dah nak mula gelap. Kami kena kayuh seberapa pantas yang boleh sebab kalau dah gelap keadaan kat sini memang tak ada lampu jalan dan sunyi boleh mengundang bahaya untuk penunggang basikal macam kami ni.  Jarak dari Ta Phrom ke simpang laluan nak ke Angkor Wat lebih kurang 10km. Ha. Tipu la kalau tak kata mental masa mengayuh basikal tu, pantang nampak orang tempatan mesti tanya untuk kepastian, kalau sesat mampus wey nak patah balik. Memang kami tinggal ja basikal tu tepi jalan pastu hijack kereta siapa-siapa.

Lebih kurang jam 2000 kami sampai juga dekat guesthouse kami. Nampak katil ja terus terbungkang. Badan belengaih tak payah cakap la penangan Le Tour de Angkor hari ni. Ada dalam 30km kami mengayuh hari ni. Kalau ikut ni kira kami baru cover 30% wat yang ada dekat Angkor. Kalau nak discover semua sekali 7 hari pun belum tentu dapat habiskan. Kalau ada bajet lebih boleh ambil pakej dengan tour guide sekali boleh dengar sejarah mengenai Wat di Angkor. Persoalan yang bermain-main di kepala saya masa saya melawat wat-wat ni ialah 'Macam mana orang-orang dulu hasut orang lain buat wat ni? Apalah imbuhan yang depa bagi dekat depa yang buat wat dekat sini. Dengan tak ada teknologi lagi. Memang kagum lah.' Saya ada terbaca di blog kira-kira 200,000 tenaga manusia dan 6000 gajah kot dan masa diambil lebih kurang 30 tahun untuk bina wat di Angkor ni. Kalau saya silap, minta maaf. Saya baca sekali imbas ja.

Dalam jam 2130 kami turun semula berjalan-jalan di sekitar  pekan Siem Reap untuk menikmati malam terakhir di sini.

Dekat sekitar pekan Siem Reap ni memang banyak tempat mengurut kaki. Harga lebih kurang $2-$3 untuk setengah jam. Boleh tahan. Spa Ikan makan kaki makan kulit kaki pon ada tapi tak tahu harga berapa. Rasanya lagi murah dari Malaysia. Sama juga dekat sekitar sini ramai jual barang-barang souvenir yang menarik. Kalau datang sini, kena pandai-pandai survey dan tawar-menawar untuk dapat harga memuaskan.

'If our fish can not make you happy. We'll not charge'
Menarik.
Setakat ni kami masih tak jumpa lagi kedai makanan Halal. Mungkin jauh sikit dari guesthouse kami. Kedai halal tu memang yang dah terkenal dan harga agak mahal juga berbanding dekat Vietnam. Malam tu kami hanya makan dekat Kedai Makanan India saja. Makan capati kosong, sup tomato dan air teh tarik saja $5. Hee. Perut dah kenyang tapi letih tak hilang lagi. Kami pun balik semula ke guesthouse untuk berehat.

Apa yang kami dah belanja setakant ni :

1. Sewa Basikal - $2
2. Pas Masuk Angkor - $20
3. Capati + Sup Tomato + Teh Tarik - $5
4. Souvinir - $1
5. Air Kelapa (1 biji) - $1

Jumlah (secara kasar) = $29 (RM116.00)

RM47.20 (Day 1) + RM93.60 (Day 2) + RM245.05 (Day 3) + RM40.80 (Day 4)  + RM116.00 (Day 5) = RM542.65 

Saturday 3 September 2016

Helpless in Siem Reap Day 4

19 Ogos 2016

Kira-kira jam 0700 kami tiba di sempadan antara Vietnam dan Cambodia. Di sini kami turun ke Pejabat Imigresen negara masing-masing untuk cop passport. Dah selesai urusan tu, kami naik bas dan bergerak semula ke Siem Reap.


Border dekat Cambodia.
Ni sleeperbus kami yang macam segan hidup mati tak mau.
Lebih kurang 4 jam dalam perjalanan, bas pun berhenti dekat satu tempat travel agency, saya tak tahu tempat ni dekat mana. Bila saya check guna Google Map, tempat ni tak sampai lagi dekat Siem Reap tapi kami dengar [pemandu bas tu cakap "Dah sampai semua turun dekat sini.". Kami tanya penumpang lain tempat ni kat mana, dorg kata  'Pnomh Penh'. Majoriti yang naik bas ni dorang nak pergi Siem Reap tapi pemandu bas tu kata dia tak pergi sampai Siem Reap. Dia berhenti sampai sini saja. Ah, sudah ...

Dia pun 'halau' semua turun dari bas. Kami sekali lagi jadi clueless dan helpless. Kami masuk dekat travel agency nama dia Virak Buntham dan ada awek situ tanya tiket kami dan dia bagitau van penumpang akan tiba dekat sini dalam jam 1330 untuk bawa kami ke Siem Reap. Lega rasanya. Ingatkan kena tinggal macam tu saja. Kami tanya dia kat mana dia akan turunkan kami di Siem Reap, dia cakap sampai sana nanti akan ada tuk-tuk jemput kalau nak. Dia boleh bawakan penumpang pergi dekat hotel terus (kalau yang dah ada hotel). Dia suruh bagi nama untuk dia bagitahu dekat pemandu tuk-tuk yang akan tunggu kami dekat Siem Reap. Kami pun ikut jela (bestie saya bagi nama dia).

1330, van pelancong sampai. Lepas masukkan beg apa semua, van pun bergerak ke Siem Reap.

Keadaan dalm van yang nak bawa kami ke Siem Reap. Kelas.
Perjalanan ke Siem Reap memang layan sebab aircond dalam van ni sejuk dan keadaan dia selesa. Tak macam dalam sleeper bus dari Ho Chi Minh tu. Dengan sempit dan panas, aircond pun keluar angin je. Bila dah waktu tengah hari pungkoq rasa nak terbakaq kena cahaya matahari. (Tempat saya sebelah tingkap)

Tak lama tu bas berhenti dekat satu tempat nama dia Kampung Thom tapi tak nampak pun orang Melayu walaupun nama dah macam dekat Malaysia. Driver tu kata ada kedai jual makanan halal tapi bila kami tinjau harga dia, mak aih sandwich saja $3 bersamaan RM12. Gila.

Kami tak beli apa-apa makanan pun sebab mahal dari Vietnam. Harga barang-barang atau makanan dekat sini semua guna Dollar. Duit Riel boleh juga guna tapi kami tak tukar pun sebab kalau tukar sama je harga tu tetap mahal. Kami cuma jalan sekitar kawasan tu dan nampak la makanan yang kami sangkakan kekacang goreng ka apa tengok macam sedap dari jauh. 
Bila dah tengok dekat-dekat, ni la dia ..

Labah-labah goreng berlada.
Nope.
Aaaa....
Dalam jam 1830 kami tiba dekat travel agency di Siem Reap. Bila nak turun tu, berduyun-duyun pemandu tuk-tuk datang tanya nak pergi mana. Kami mencari-cari dimanakah pemandu tuk-tuk yang dijanjikan nak jemput kami ni. Awek tu kata sampai sana nanti ada pemandu tuk-tuk tu akan pegang tulis nama bestie saya tapi kami tak nampak pun! Rasa macam kena tipu pun ada. Tiba-tiba saya terperasan ada orang pegang kertas yang ada tulis sesuatu. Saya perhati betul-betul apa yang ditulis kat situ sebab tulisan dia terbalik. Rupanya nama bestie saya. Adoiyaii ...  Pemandu tuk-tuk tu selama ni pegang kertas yang ada nama bestie saya tu terbalik. Sabar jela.

Kami bagitau dia kami nak cari hotel sekitar Angkor Night Market tapi yang murah-murah la. Dia pun bawa kami sampai ke satu hostel nama dia Siem Reap Pub Hostel tapi kami tak berapa berkenan sebab macam tak ada privacy. Lepas tu kami cari sendiri hotel sekitar Angkor Night Market. Bestie saya merisik ada sorang foreigner, dia bagitau ada satu guest house yang murah harga tak sampai $10 semalam. Nama dia Soksan Angkor Garden Guesthouse. Menarik juga. Kami pun pergi cari tempat tu. 

Ni dia jumpa dah.
Kami terus tanya receptionist kat situ. Dia kata ada bilik untuk 2 orang tapi guna kipas syiling. Harga $8 saja. Dia pun bawa kami tengok bilik. Dari segi pemerhatian, kami mendapati ada katil saiz Queen ada satu, dan katil bujang satu. Tv takda. Ada rack untuk sangkut baju. Ada wifi dan boleh guna. Bilik air pun okey (sebenar nya dah check in baru pasan pintu takda tombol). Dekat receptionist tu ada refill air minum free. Tak kisah pun kalau takda aircond. Janji murah dan ada privacy. Dengan keadaan kat sini dah makin gelap dan badan yang dah penat ni, campur dengan belengaih tak mandi seharian (Last mandi dekat Vietnam). Kami ambil keputusan duduk dekat guesthouse ni. Kami ambil terus 2 malam. Harga $16.

Lebih kurang macam ni la bilik kami. Ni dari Google Image. Lupa nak ambil gambar asal.
1 Queen size bed and single bed.
Kecik sikit dari bilik dekat Hotel Freedom tapi boleh la nak hidup. Hu
Elok dalam setengah jam lepas check in dan unpacking barang, hujan turun dengan lebat. Mujur kami dah jumpa tempat untuk bermalam. Dalam jam 2130, hujan dah redha, kami pun siap-siap untuk jalan sekitar pekan Siem Reap ni untuk cari makan dan juga nak cari alternatif terbaik untuk pergi Angkor . Kami agak terkedu juga tengok harga makanan dekat kawasan sini yang agak mahal dari Vietnam. Semua guna Dollar. Kedai yang halal pun tak nampak lagi. Kebanyakkan kedai sekitar ni ada unsur-unsur b a b e e. Kami jumpa mart 24 jam dan tinjau-tinjau makanan apa yang ada. Mahal juga. Paling murah yang kami rasa boleh dimakan Roti Buku Kismis yang harga dia $1.20. Air mineral pun harga $1 (av. RM4) tapi kami tak beli pun sebab dekat guesthouse kami boleh refill air. Kopak macam ni. Nak tak nak ambil juga la Roti Kismis nak buat bekalan untuk pergi Angkor esok.

Jarak Angkor dari pekan Siem Reap lebih kurang 6km - 8km.  Ada banyak cara nak pergi ke sana sama ada dengan sewa tuk-tuk $15 sehari, dia akan bawa kita pusing kawasan sekitar Angkor Wat (tapi ada kawasan tertentu je dia cover). Kalau jiwa kental bila sewa basikal. Kawasan Angkor ni sangat besar. 1 hari pun belum tentu boleh habis cover semua tempat / wat dalam Angkor ni. Sebab tu ada jual pas masuk untuk 1 hari, 3 hari dan 7 hari.

Ni harga tiket nak masuk ke Angkor.
Kemudian, kami sambung lagi berjalan sekitar pekan Siem Reap ni untuk cuci mata. Kami masuk ada travel agency ni untuk tanya harga sewa basikal dan dia kata paling murah dia boleh bagi $3 sebuah tu pun macam basikal tua. Ada yang $5 macam Mountain Bike. Tempoh sewa mula 0700 sampai 1900 je. Kami tanya juga tiket dari Siem Reap ke Bangkok. Harga dia $16 untuk van dan $14 (tak silap saya) untuk bas. Dah la tak kasi ambil gambar harga tu. Kami ambil keputusan untuk tinjau lagi dekat tempat-tempat lain mana tau dapat harga lagi murah.

Dah penat pusing-pusing sekitar Pekan Siem Reap, kami balik semula ke Soksan untuk fikir sejenak apa cara terbaik nak pergi ke Angkor. 

Apa kami belanja setakat ni :

*tak banyak kami belanja sebab mahal barang-barang / makanan dekat pekan Siem Reap ni

1. Soksan Angkor Garden Guesthouse - $8 (av. RM24)
2. Roti & Beverages - $2.20
3. Souviner (Fridge magnets) - $2

Jumlah keseluruhan (secara kasar) : $12.20 (av. RM40.80)

RM47.20 (Day 1) + RM93.60 (Day 2) + RM245.05 (Day 3) + RM40.80 (Day 4) = RM426.65